"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rasuah RM400,000 berkait REE, bekas pembantu Sanusi mengaku tak salah

FMT Reporters
Mohamad Hilmi Abdul Wahab didakwa meminta dan menerima suapan wang tunai RM250,000 serta RM150,000 daripada Pengarah Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd, Liana Mamat @ Khalid. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Bekas setiausaha politik Menteri Besar Kedah Sanusi Nor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua tuduhan meminta dan menerima rasuah RM400,000 membabitkan kelulusan penerokaan unsur nadir bumi (REE).

Berita Harian melaporkan Mohamad Hilmi Abdul Wahab, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa meminta dan menerima suapan wang tunai RM250,000 serta RM150,000 daripada Pengarah Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd, Liana Mamat @ Khalid, 40, melalui Syed Muhammad Syid Aluvi, 34.

Ia sebagai dorongan untuk Hilmi membantu syarikat itu mendapat kelulusan permohonan lesen perlombongan dan penjelajahan REE di Kedah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A, Taman Sri Hartamas dan sebuah restoran di Desa Sri Hartamas pada 4 serta 11 Julai lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

Tiada ulasan: