"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis minta jangan tular semula video ‘Wahab’

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak menularkan semula video perbualan yang didakwa disuai pinda, yang dikaitkan dengan bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain menjelaskan siasatan masih berjalan dan mana-mana pihak menganggu penyiasatan akan dikenakan tindakan tegas.

“Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu proses penyiasatan termasuk membuat penularan semula video tersebut.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pengguna media sosial yang menggunakan kemudahan aplikasi bagi maksud menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Shuhaily memaklumkan polis selesai menyambung rakam keterangan Agus hari ini.

Turut dirakam ahli Bersatu Badrul Hisham Shaharin berhubung isu sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Jumaat lalu, Agus yang meletak jawatan ketua pengarah J-Kom sehari sebelum itu mendakwa video perbualan tular yang dikaitkan dengan dirinya sebagai disuai pinda dan disunting.

Beliau mengatakan pihak tertentu menggunakan tuduhan seksual terhadapnya.

“Wahab” yang diperkenalkan sebagai individu lain dipaparkan dalam video tular tersebut dikenal pasti sebagai Abdul Wahab Abdul Kader, yang bekerja di J-Kom sebagai pembantu pegawai komuniti daerah.

Beliau menyokong dakwaan bahawa video tersebut disunting, oleh pihak yang cuba menjatuhkan reputasi Agus, selain mendakwa komplot itu “didalangi oleh individu-individu berjawatan tinggi di dalam J-Kom”

Tiada ulasan: