Amirul Aiman Hamsuddin
am@hmetro.com.my
KEMBAR maut dalam kemalangan di Jalan Rizab Derahman, Jeram, Kuala Selangor. FOTO Ihsan Polis.
Kuala Selangor: Perjalanan kembar lelaki ke tempat kerja berakhir tragedi apabila mereka terbabit kemalangan di Jalan Rizab Derahman, Jeram di sini hari ini.
Kejadian pada 11.50 pagi itu menyebabkan kedua-duanya yang berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal dari rumah mereka di Jalan Bukit Kuching, Jeram ke Bandar Puncak Alam.
"Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa cuba memotong van di hadapan, namun van membelok ke kanan menyebabkan motosikal mangsa melanggar bucu kanan kenderaan itu," katanya dalam kenyataan.
Mohd Ambia berkata, pelanggaran itu mengakibatkan motosikal hilang kawalan dan terbabas, serta mangsa jatuh.
"Mangsa parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi. Mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, " katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan