"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas CEO MBI Kedah juga berdepan dua tuduhan rasuah

K PRAGALATH 

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah) Muhammad Sobri Osman mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan meminta dan menerima rasuah RM4 juta melibatkan perlombongan nadir bumi.

Dalam tuduhan pertama, Muhamad Sobri didakwa meminta suapan berjumlah RM4 juta daripada seorang lelaki warga Turki, John Abad Pe di Centara Hotel Hat Yai, di Thailand, pada 20 Mei lalu sebagai dorongan membantu syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd untuk menjalankan usahasama perlombongan REE di Kedah melalui Memorandum Persefahaman (MoU) di antara syarikat tersebut dan MBI Kedah.

Sobri juga didakwa menerima suapan RM1 juta daripada John Abad Pe melalui Liyana Mamat @ Khalid sebagai dorongan untuk membantu Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd menjalankan usahasama perlombongan REE di Kedah melalui MoU di antara syarikat itu dengan MBI Kedah.

Kesalahan kedua itu berlaku pada 29 Mei tahun ini.

Sobri didakwa dibawah seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum mengikut seksyen 24 (1) akta sama.

Peguam Ibrahim Ismail dan Mohammed Zamri Ibrahim mewakili tertuduh dan Sobri dibenarkan diikat jamin RM100,000 dan sebutan semula kes ditetapkan pada 22 Januari depan.

Dalam perkembangan berkaitan bekas setiausaha politik Menteri Besar Kedah, Hilmi Abdul Wahab turut berdepan dua tuduhan rasuah.

Hilmi juga didakwa dengan akta sama.

Tiada ulasan: