"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas ‘bodyguard’ tembak mati 3 individu diarah ke hospital mental

V Anbalagan

PUTRAJAYA: Bekas pengawal peribadi yang pernah berkhidmat dengan beberapa ahli politik diperintah ditahan di hospital mental kerana menyebabkan kematian tiga individu, selain cuba membunuh lima lain di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang arah selatan, tujuh tahun lalu.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Hadhariah Syed Ismail berkata mereka berpuas hati bahawa tertuduh Ja’afar Halid, melakukan perbuatan itu seperti mana dituduh namun pada masa masa turut mempertimbang imbangan kebarangkalian pembelaan.

“Pihak pembelaan berjaya membuktikan imbangan kebarangkalian dalam membangkitkan pembelaan (tertuduh) tidak waras dari sudut undang-undang di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan,” katanya mengenepikan hukuman mati dikenakan Mahkamah Tinggi pada 2020.

Peruntukan tersebut menyatakan “tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang pada masa melakukannya, oleh sebab akalnya tidak sempurna, tidak berupaya
mengetahui keadaan perbuatan itu atau bahawa apa yang dilakukannya itu sama ada salah atau berlawanan dengan undang-undang.

Hadhariah, yang bersidang bersama Hakim Azman Abdullah dan SM Komathy Suppiah, berkata Ja’afar boleh memilih untuk dihantar ke hospital di Perak atau Johor.

“Menurut Seksyen 348(2) Kanun Tatacara Jenayah, pemerintah (dalam kes ini, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang) boleh memerintahkan Ja’afar dimasukkan ke hospital psikiatri mengikut kehendaknya,” katanya.

Dalam perbicaraannya tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi menjatuhi Ja’afar hukuman mati kerana membunuh bosnya, Ong Teik Kwon, 32, penghibur Choi Hon Ming, 32, dan penjual bunga, Senthil Murugaiah, 38.

Dia juga dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun kerana cuba membunuh Dr Arivarni Kershnian, 33, pekerja kilang, Lee Hong Boon, 32, Juruvideo RTM Amirul Amin Amir, 28, dan pekerja bank, Poh Bee Joo, 32.

Pada 18 Okt tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan dua mahkamah sebelum ini bahawa syarikat keselamatan bertanggungjawab ke atas kes tembakan oleh Ja’afar, pekerjanya, Amirul dan tujuh individu lain.

Hakim Harmindar Singh Dhaliwal, berkata keterangan dikemuka membuktikan Ja’afar menembak Amirul dalam jarak dekat, mengakibatkan mangsanya mengalami kecederaan fizikal serius dan kesan psikologi.

Hakim itu berkata, telah dibuktikan bahawa Ja’afar melakukan perbuatan berkenaan semasa bekerja dengan GMP Kaisar Security Sdn Bhd.

Harmindar berkata, Ja’afar menggunakan pistol automatik Glock dimiliki dan disediakan oleh majikan.

Dalam saman itu, Mahkamah Tinggi menganugerahkan ganti rugi RM114,470 kepada Amirul, yang menyaman GMP Kaisar atas liabiliti.

Menurut keterangan di mahkamah ketika perbicaraan pembunuhan itu, Ja’afar pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi bagi bekas menteri besar Selangor Azmin Ali antara 2008 dan 2009, dan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar bermula 2009 hingga 2010.

Tiada ulasan: