"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami isteri didakwa bersubahat, rogol anak tiri konon rawat gangguan

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
BAPA tiri dan ibu kandung mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Muar atas tuduhan rogol dan subahat. FOTO Alias Abd Rani
BAPA tiri dan ibu kandung mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Muar atas tuduhan rogol dan subahat. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Seorang lelaki dan isterinya masing-masing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol serta bersubahat kononnya mahu merawat anak perempuannya mengalami gangguan dalam kejadian di sebuah rumah di Segamat, dua tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh masing-masing berusia 41 dan 43 tahun mengaku bersalah atas perbuatan itu sebaik pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Lelaki itu yang juga seorang buruh didakwa merogol anak tirinya yang ketika itu berusia 17 tahun dalam bilik di rumah ibunya, jam 11.30 malam pada 2021.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun serta 10 kali sebatan.

Wanita yang juga ibu mangsa pula didakwa mengikut Seksyen 109 yang dibaca bersama Seksyen 376B kanun sama kerana bersubahat dengan suaminya dengan kejadian berlaku di tempat dan masa yang sama.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 11 Disember depan untuk hukuman.

Tiada ulasan: