"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Israel bom sekolah di Gaza

Bernama-Anadolu
Asap yang kelihatan selepas serangan Israel di Gaza. - FOTO Reuters
Asap yang kelihatan selepas serangan Israel di Gaza. - FOTO Reuters
Istanbul: Memasuki hari ke-46 konflik Palestin-Israel, tentera Israel melakukan tindakan kejam dengan mengebom sekolah yang menempatkan orang awam yang kehilangan tempat tinggal.

Menurut TV Palestine, serangan udara Israel menyasarkan sebuah sekolah di kawasan al-Faluja di kem pelarian Jabalia menyebabkan beberapa orang terkorban kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.

Dalam serbuan semalaman, tentera Israel mengebom sembilan rumah di bandar Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza, menyebabkan kematian, lapor Agensi Anadolu.

Pihak berkuasa kesihatan masih belum mengumumkan jumlah korban akibat serangan udara Israel.

Sementara itu, agensi berita rasmi Palestin Wafa melaporkan bahawa perkhidmatan telekomunikasi terputus sepenuhnya di Bandar Gaza, dan kawasan di utara Semenanjung Gaza, berikutan pengeboman Israel ke atas menara telekomunikasi.

Sekurang-kurangnya 13,300 rakyat Palestin terbunuh, termasuk 5,600 kanak-kanak dan 3,550 wanita dalam pengeboman tanpa henti Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober.

Beribu-ribu bangunan, termasuk hospital, masjid, dan gereja, juga telah rosak atau musnah dalam serangan udara dan darat yang tidak henti-henti Israel ke atas kawasan yang dikepung itu.

Tiada ulasan: