"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Azmin: Konspirasi pecah belah Bersatu gagal, berkecai

FMT Reporters

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MPT) Bersatu, Mohamed Azmin Ali berkata konspirasi untuk memecah-belahkan parti itu gagal selepas semua kepimpinan menyatakan sokongan dan kekal berdiri teguh di belakang Presiden Muhyiddin Yassin.

“Usaha musuh yang berkonspirasi untuk memecah keutuhan Bersatu telah gagal dan berkecai. Kami tetap bersatu,
MPT bersidang malam tadi (semalam) dan mengulangi ikrar dan tekad kami untuk meneruskan perjuangan keramat ini demi umat dan negara.

“MPT sebulat suara mendukung dan mempertahankan kepimpinan Muhyiddin sebagai presiden dan pengerusi PN,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Azmin berkata, Bersatu juga akan terus mengangkat suara rakyat yang terhimpit dengan masalah ekonomi serta kos sara hidup serta akan berjuang bersama anggota perkhidmatan awam yang “sedang diinjak oleh kumpulan pelampau”.

“Bersatu akan terus membicara soal kos sara hidup dan inflasi, kami membawa penyelesaian untuk menangani masalah harga barang yang terlalu mahal, ketiadaan bekalan beras tempatan, kadar tarif elektrik, dan air yang melambung,” katanya.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa ahli Bersatu kecewa selepas Muhyiddin membuat pusingan-U untuk melepaskan jawatan presiden.

Keputusan itu didakwa aktara punca enam Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Mereka adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli) dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Pada 26 Jan lalu, Syed Hussin mendakwa lebih ramai Ahli Parlimen Bersatu akan menyokong Anwar sebelum Dewan Rakyat bersidang 26 Feb ini.

Pada perhimpunan agung parti tahun lalu, Muhyiddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya, tetapi sehari kemudian beliau berubah fikiran selepas berbincang dengan isterinya.

Syed Hussin mendakwa keputusan Muhyiddin itu mengecewakan ahli.

Tiada ulasan: