"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Enam mayat ditemukan di gurun

Agensi
LOKASI kejadian enam terbunuh. FOTO CBS
LOKASI kejadian enam terbunuh. FOTO CBS
Sacramento, Amerika Syarikat: Lima lelaki ditahan berikutan penemuan enam mayat di sebuah gurun terpencil di selatan, California.

Enam mayat ditemukan dalam keadaan mengerikan di Gurun Mojave selepas salah seorang mangsa kejadian tembakan menghubungi talian kecemasan.

Sebuah helikopter polis dikerahkan ke lokasi kejadian, kira-kira 144 kilometer ) timur laut Los Angeles, kira-kira 8.15 waktu tempatan bagi mengesan mangsa.

Empat mayat ditemukan berdekatan antara satu sama lain, manakala mayat seorang lagi ditemukan dalam sebuah kenderaan, dengan mayat terakhir ditemukan di kawasan berdekatan.

Rakaman udara tempat kejadian menunjukkan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dipenuhi dengan peluru dengan tingkap pecah dan sisa kebakaran.

Penyiasat Pejabat Syerif San Bernardino, Michael Warrick berkata, motif kejadian berkaitan pertelingkahan mengenai ganja.

Katanya, empat daripada enam mangsa sudah dikenal pasti setakat ini.

"Mayat semua lelaki itu ditemukan di luar lebuh raya berhampiran bandar El Mirage, yang terletak di San Bernardino County, 23 Januari lalu.

"Semua enam mangsa meninggal dunia akibat luka tembak dengan empat daripada mangsa juga melecur teruk," katanya.

Dalam siaran berita, pejabat sheriff itu berkata, penyiasat mendapati mangsa mengatur untuk bertemu di lokasi untuk urus niaga ganja.

"Lima lelaki yang ditahan itu tiba di lokasi dan menembak enam mangsa.

"Lapan senjata api dirampas penyiasat dan sedang diuji untuk menentukan sama ada ia digunakan dalam pembunuhan itu," katanya.

Dalam pada itu, pegawai enggan mengulas sama ada pembunuhan itu berkaitan kartel dadah, sebaliknya mengaitkannya sebagai jenayah terancang.

Sejak 2016, California membenarkan ganja dibeli dan digunakan orang dewasa, namun pasaran gelap kekal untuk ganja yang tidak dikenakan cukai.
-hmetro 

Tiada ulasan: