"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Agong: Hadi, Muhyiddin tolak Kerajaan Perpaduan bulat-bulat

Harapandaily

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendedahkan bahawa kedua-dua pemimpin Perikatan Nasional iaitu presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang telah menolak cadangan kerajaan perpaduan sebagai penyelesaian kepada krisis politik.

“Saya mulakan dengan (memaklumkan kepada parti) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu) dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (Pas) …tapi saya tak nak bangkit (ulas isu ini) lagi kerana dia tolak (pembentukan Kerajaan Perpaduan) sebulat-bulatnya.

“Then, what choice do I have? Jadi baki siapa yang boleh wujudkan (kerajaan),” dedah baginda dalam satu sesi bersama pengamal media.

“Saya juga maklumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu, menawarkan kepada parti Muhyiddin dan Pas juga.

“Tapi apakan daya, itu sekadar apa yang saya boleh buat. Selain itu terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin politik,” titah Al-Sultan Abdullah.

Baginda mendedahkan usaha untuk membentuk Kerajaan Perpaduan dibuat lebih awal, iaitu ketika Mahiaddin meletakkan jawatan namun ia ditolak oleh kedua -dua pemimpin parti tersebut.

Usaha tersebut dibuat baginda agar kerajaan kukuh dan stabil.

Tiada ulasan: