"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengampunan Najib: Tempias kepada kerajaan?

Harapandaily

Isu pengampunan mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hangat diperkatakan sehari dua ini.

Perkara ini menjadi lebih panas ekoran laporan Utusan Malaysia semalam yang meramalkan Najib akan dibebaskan.

Pada ketika ini, Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta setelah didapati bersalah dalam kes SRC International.

Banyak kes lain yang berkaitan belum habis dibicarakan.

Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa mengesahkan bahawa mesyuarat Lembaga Pengampunan telah pun berlangsung kelmarin.

Utusan telah pun menarik balik laporannya.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah pun meminta agar media menunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan.

Kenyataan belum tiba.

Di media sosial, ramai pihak sudah menjadi tok peramal berkenaan perkara ini.

Ada yang yakin bahawa Najib akan dibebaskan atas dasar bahawa Najib sebahagian dari kerajaan sekarang. Beliau ahli Umno dan Umno sebahagian kerajaan perpaduan.

Ada juga yang mendakwa hukuman beliau telah dikurangkan kepada 3 tahun penjara dan denda RM50 juta.

Sebilangan peguam menyatakan bahawa apa sahaja keputusan Lembaga Pengampunan, ia adalah keputusan eksekutif bukannya keputusan kehakiman.

Samada Najib dibebaskan, dikurangkan hukuman atau kekal dalam penjara, kerajaan perlu menjaga keutuhan sistem eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Ini selaras dengan visi Madani yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar juga telah banyak kali menyatakan bahawa pentadbirannya tidak masuk campur dalam keputusan kehakiman.

Perlu juga diingati, pengampunan biasanya dipohon selepas seseorang menjalani satu pertiga dari jumlah hukuman.

Tiada ulasan: