"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liverpool bakal hilang tiga bintang

KOSMO!
KEPUTUSAN Klopp mahu meninggalkan Liverpool penghujung musim ini bakal memberikan kesan kepada Salah, Van Dijk dan Alexander Arnold yang akan tamat kontrak tahun depan.
MALAPETAKA bakal melanda Liverpool sekiranya tidak segera mencari pengendali berkaliber bagi menggantikan ‘kerusi panas’ yang akan ditinggalkan oleh pengurus pasukan itu, Jurgen Klopp penghujung musim ini.

Ia selepas timbul spekulasi bahawa tiga tonggak The Reds diketuai Mohamed Salah, Virgil Van Dijk dan Trent Alexander-Arnold berkemungkinan besar ‘angkat kaki’ mengikut jejak Klopp kerana kontrak mereka akan berakhir tahun depan.

Ketiadaan tiga pemain berpengaruh itu mampu membawa masalah besar kepada Liverpool yang masih belum ada tanda-tanda mahu menawarkan perjanjian baharu ketika gergasi-gergasi Eropah yang lain sedang menanti masa menyambar khidmat mereka.

Pihak pengurusan Liverpool perlu bijak melantik pengurus baharu yang dirasakan mampu meneruskan legasi Klopp, sekali gus dapat memberikan keyakinan tambahan kepada tiga pemain itu untuk menurunkan tandatangan kekal di Anfield.

Antara nama yang hangat dikaitkan ketika ini ialah Xabi Alonso, Steven Gerrard, Roberto De Zerbi, Ruben Amorim, Julen Nagelsmann dan terbaharu bos Brentford, Thomas Frank.

Tiada ulasan: