"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

15 bukti munafik tahap dewa

Harapandaily

NORMAN RADZUAN

Semasa jadi kerajaan mereka tak minta haramkan konsert tapi apabila jadi pembangkang ada konsert saja minta diharamkan.

Semasa jadi kerajaan mereka tak bagi pun peruntukan untuk pembangkang dan juga masa dia jadi Menteri Besar, dia tak bagi pun pembangkang peruntukan.

Tiba-tiba sekarang mereka mahu peruntukan.

Dia sendiri kata tidak mahu ambil peruntukan ahli Parlimen untuk pembangkang konon kerana tidak iktiraf kerajaan sedia ada.

Sekarang setiap hari menjerit kerajaan kena beri peruntukan sama rata dengan pembangkang.

Semasa jadi kerajaan tak haramkan judi malah naikkan cabutan judi, apabila jadi pembangkang mereka ungkit pasal judi.

Padahal, kerajaan Madani kurangkan aktiviti perjudian.

Semasa jadi kerajaan mereka tidak bawa pun RUU355 tapi apabila jadi pembangkang menjerit kembali RUU355.

Semasa jadi kerajaan mereka bawa penyanyi pengamal lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tetapi orang lain bawa difitnah kerajaan LGBT.
Kita lawan rasuah dikata kita berdendam dengan musuh politik. Apabila kita berkawan dengan individu ada tuduhan rasuah di mahkamah dituduh cakap tak serupa bikin.

Tapi bila kawan-kawannya ramai terbabit dengan rasuah dikatakan tidak bersalah sebelum didapati bersalah.

Semasa jadi kerajaan mereka tak tukar pun pakaian pramugari tapi waktu jadi pembangkang menjerit-jerit di Parlimen.

Semasa jadi kerajaan sanggup bekerjasama dengan Gerakan yang menolak hudud dan ingin bawa kes tersebut ke mahkamah tetapi apabila orang lain berkawan dengan parti Cina lain tak boleh.

Dulu kita nak jatuhkan kerajaan mereka kata haram. Sekarang apabila mereka nak jatuhkan kerajaan mereka kata Perlembagaan membenarkan. Orang lain dituduh menipu tetapi mereka menipu boleh atas nama parti.

Mereka jadi kerajaan dengan UMNO tidak mengapa atas nama Muafakat Nasional, pihak lain kerjasama dengan UMNO dituduh berkawan perasuah demi kuasa.

Mereka berhutang ratusan ribu ringgit tidak dibayar, tidak jatuh hukum haram tapi orang lain roh tergantung,

Berkaraoke bukan pemimpin berakhlak tetapi pemimpin mereka berkaraoke dengan bukan muhrim lewat malam dikatakan berdakwah.

Dulu masa jadi pembangkang nak hapuskan sekolah vernakular tetapi apabila jadi kerajaan, diam seribu bahasa.

Dulu tidak boleh ucakpan Krismas, sekarang sudah boleh ucapkan Krismas.

Ulama bagi mereka dalam kalangan mereka sahaja, orang lain liberal, kafir dan Wahabi. Hina ulama selain mereka tidak mengapa tetapi menegur guru mereka dituduh menghina ulama.

Tiba-tiba mereka kata Islam terancam. Tiba-tiba mereka kata pihak yang tak bersama mereka adalah Islam Liberal.

Inilah jenis manusia munafik tahap dewa:

‘Dia buat boleh, orang lain buat tak boleh. Dia tak buat boleh orang lain tak buat tak boleh…’

Tiada ulasan: