"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Benarkah Najib sudah dapat pengampunan?

Najib sudah dapat pengampunan?

SITI NUR ZAWANI

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dipenjarakan sejak Ogos 2022, dilapor telah mendapat pengampunan oleh Lembaga Pengampunan, semalam.

Menurut Utusan Malaysia, ia disahkan sendiri oleh sumbernya yang tidak dinamakan ketika dihubungi hari ini.

“Najib sudah mendapat pengampunan semalam, tetapi kenyataan rasmi belum dikeluarkan,” kata sumber tersebut.

Najib dipenjara selepas didapati bersalah atas tuduhan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Selain itu, beliau juga sedang dibicarakan untuk pertuduhan lain berkaitan skandal 1MDB.

Terdahulu pagi ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa secara ringkas memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan berhubung pembebasan Najib oleh Lembaga Pengampunan.

Katanya, mesyuarat itu diadakan di Istana Negara, bagaimanapun tidak memaklumkan bila kenyataan rasmi itu akan dikeluarkan.

Bulan lalu, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pasukannya akan menulis surat ke Putrajaya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai permohonan Najib untuk pengampunan diraja, yang difailkan hampir 10 bulan lalu.

Namun, Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri 10 Januari lalu tidak membincangkan perkara yang membabitkan Lembaga Pengampunan termasuk kes bekas Perdana Menteri. 

Tiada ulasan: