"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PN terbukti Penderhaka Nasional, Sanusi pembohong dan kaki ‘spin’

Harapandaily

Perikatan Nasional (PN) ternyata ‘Penderhaka Nasional’ apabila menolak bulat-bulat cadangan Kerajaan Perpaduan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam masa sama, wawancara ‘Lambaian Mahkota’ juga telah membuktikan bahawa Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berbohong berhubung idea penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah bertitah, Baginda menawarkan penyelesaian menubuhkan Kerajaan Perpaduan selepas tiada parti yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Saya mulakan dengan (memaklumkan kepada parti) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu) dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (Pas)… tapi saya tak nak bangkit (ulas isu ini) lagi kerana dia tolak (pembentukan Kerajaan Perpaduan) sebulat-bulatnya.

“Then, what choice do I have? Jadi, baki siapa yang boleh wujudkan (kerajaan).

“Saya juga maklumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu, menawarkan kepada parti Muhyiddin dan Pas juga.
 
“Tapi apakan daya, itu sekadar apa yang saya boleh buat. Selain itu terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin politik,” titah Al-Sultan Abdullah.

Susulan itu, orang ramai berpendapat Pas dan Bersatu begitu derhaka terhadap titah Seri Paduka.

“Ternyata PN itu Penderhaka Nasional!

“Sampai sekarang walaun & macai atok tak boleh jawab soalan dari Al-Sultan Abdullah ini dan mereka berterusan meratib marah-marahkan Anwar sambil tanya “kenapa lantik Zahid jadi TPM?”

“Terbongkarlah yang mana betul-betul nak bantu rakyat dan yang mana nak ambil kesempatan. Bila kena gabung tak dapat kawalan penuh terus tolak.

“Betapa derhakanya Pas dan Bersatu pada titah Agong.

“Dulu fitnah PMX kata PMX menipu Agong. Nah, sekali Agong spill the tea siapa sebenarnya pembohong,” demikian antara coretan warga maya di laman X.

Dalam masa sama, nama Sanusi turut diseru memandangkan Menteri Besar Kedah berkenaan sebelum ini mendakwa Perdana Menteri merekacipta nama ‘Kerajaan Perpaduan’ bukan daripada Agong.

“Sah Sanusi pembohong dan kaki spin. Langsung tiada rasa malu buka mulut saja bohong kuat,” kecam pengguna laman X, Laksamana Bentan.

Pada Julai tahun lalu, dalam ceramah kempen PN di Selayang, Selangor, Sanusi berkata, Anwar menggunakan titah diraja habis-habisan walaupun orang lain tidak dengar mengenai cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan.

“Tuan-tuan dengar tak kata Agong suruh tubuh Kerajaan Perpaduan. Tuan-tuan dengar tak?

“Takda sapa di dunia ni dengar, dia (Anwar) seorang saja. Takda sapa dengar,” tegasnya.

Pengerusi PN Kedah itu juga berkata, tidak ada mana-mana media termasuk TV, surat khabar atau video yang memaparkan Yang di-Pertuan Agong mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan.

“Takda sapa yang dengar, Anwar Ibrahim seorang saja yang dengar dan satu Malaysia percaya kat dia,” kata pemimpin Pas yang suka berkaraoke larut malam dengan perempuan ajnabi itu lagi.

Tiada ulasan: