"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Doktor dipukul di hospital, jawatankuasa siasatan bebas ditubuh

Bernama

IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman bagi menyiasat dakwaan seorang doktor dipukul penolong pegawai perubatan lelaki di Hospital Gerik, Jun lalu.

Pengarah JKN Perak Dr Feisul Idzwan Mustapha, berkata hasil siasatan dilakukan jawatankuasa itu mendapati aduan dikemukakan doktor terbabit berasas.

“Sebuah jawatankuasa siasatan dalaman telah ditubuhkan pada 4 Jun dan siasatan telah dilaksanakan pada 12 Jun. Hasil siasatan mendapati aduan tersebut adalah berasas.

“Susulan itu pengarah Hospital Gerik telah mengeluarkan surat teguran kepada pegawai yang terlibat pada 31 Julai. Surat pemakluman hasil siasatan dalaman telah dihantar kepada (pengadu) Dr Aidid Nawawi Ghazali pada 1 Ogos,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Feisul berkata, JKN Perak juga sudah berhubung dengan pengadu dan menawarkan perkhidmatan kaunseling, selain jawatankuasa penyiasatan bebas ditubuhkan bagi insiden itu.

Katanya, KKM memandang serius sebarang perlakuan buli atau penggunaan kekerasan dan mengamalkan toleransi sifar terhadap sebarang bentuk kekerasan di tempat kerja.

Beliau memaklumkan KKM melalui JKN Perak mengambil maklum satu hantaran di laman media sosial dibuat individu bernama Aidid Nawawi Ghazali berkenaan insiden yang berlaku ketika bertugas di Hospital Gerik, selain aduan berkaitan kejadian itu telah dibuat pada 4 Jun lalu.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama Aidid Nawawi Ghazali menerusi hantaran “A Story From A Workplace Survivor Of Abuse” mendakwa dipukul sebanyak sembilan kali iaitu tujuh di belakang badan dan dua lagi di belakang kepala oleh seorang penolong pegawai perubatan.

Doktor terbabit mendakwa insiden itu berlaku ketika beliau sedang merawat seorang pesakit wanita yang cedera akibat diserang dengan aurat pesakit itu terdedah.

Tiada ulasan: