"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kereta putus 2 tetapi pemandu cuma cedera ringan

KOSMO!
Keadaan kereta Audi yang terputus dua. - Polis Merseyside
LONDON – Seorang pemandu cedera ringan walaupun kereta Audi yang dipandunya terputus dua dalam satu kemalangan di sebuah lebuh raya di Merseyside, England, lapor laman berita Liverpool Echo kelmarin.

Unit Kepolisan Jalan Raya, Polis Merseyside memuat naik gambar keadaan kereta terbabit sambil menambah, pemandunya hilang kawalan ketika melalui air bertakung di permukaan jalan raya.

Di sebalik kerosakan teruk  dialami oleh kenderaan itu, pemandunya dilaporkan selamat dan hanya cedera ringan. 

Bagaimanapun, polis memberi amaran kepada pemandu-pemandu lain yang bertindak memandu melawan arus ketika melalui lokasi nahas kerana mahu mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Sebilangan pengguna jalan raya  tidak sabar dan mementingkan diri sendiri dengan memandu dalam cara yang salah di lebuh raya akan dikenakan saman,” kata polis.

Polis tidak memberikan butiran lanjut mengenai lokasi nahas kelmarin, namun Agensi Lebuh Raya Kebangsaan melaporkan penutupan arah barat Lebuh Raya M62 di antara Persimpangan 7 (St Helens) dan Persimpangan 6 (M57). – AGENSI 

Tiada ulasan: