"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Datuk, penjawat awam berkomplot ambil rasuah berkait projek RM250 juta

KOSMO!

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah syarikat bergelar Datuk dan seorang penjawat awam kerana disyaki terlibat rasuah berkait projek pembinaan di Sarawak bernilai kira-kira RM250 juta.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan membenarkan kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40 hingga 50-an direman selama empat hari sehingga 9 Disember ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuching, semalam.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai berpakat dan berkomplot bagi membolehkan beberapa syarikat mendapat projek pembinaan dikeluarkan pejabat kerja raya sebuah daerah di Sarawak.

“Mereka dipercayai telah melakukan perbuatan itu antara tahun 2022 hingga 2024 sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan yang bernilai kira-kira RM250 juta.

“Susulan itu, kedua-dua suspek telah ditahan sekitar pukul 5.30 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak, selain turut disahkan positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Dalam pada itu, Azam juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tiada ulasan: