"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

7 lelaki ditahan pecah rumah, curi Honda CRV

AZMI NORDIN
Kereta jenis Honda CRV ditemui semula susulan serbuan di di Cheras dan Air Keroh, Melaka, kelmarin.
AMPANG JAYA – Kegiatan satu sindiket melakukan kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan berakhir selepas polis memberkas tujuh suspek dalam operasi di Cheras di sini dan Air Keroh, Melaka kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai pecah rumah di Taman Dato Ahmad Razali, di sini pada pukul 5 pagi, 26 November lalu.

“Mangsa terdengar bunyi bising di tingkat bawah. Selepas pemeriksaan dilakukan, mangsa mendapati kunci rumah, kunci kenderaan, jam tangan, dompet dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV lesap.

“Jumlah kerugian dalam kes itu dianggarkan RM58,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan itu, Mohd. Azam berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya melancarkan operasi dan menahan tujuh lelaki tempatan berusia 27 hingga 45 tahun.

“Kita berjaya merampas semula Honda CRV dan beberapa barangan curi lain. Kesemua suspek mempunyai rekod jenayah dan ujian saringan air kencing menunjukkan kesemua suspek positif dadah,” katanya.

Tambahnya, kenderaan curi itu dipercayai akan dijual di pasaran gelap haram kepada pembeli tertentu. Kesemua suspek ditahan reman sehingga 12 Disember ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: