Bernama
JOHOR BAHRU: Polis menahan remaja perempuan berusia 19 tahun susulan penemuan bayi lelaki dalam tandas di sebuah kompleks beli-belah.
Ketua Polis Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh, berkata bayi berkenaan yang berlumuran darah bersama uri dijumpai pekerja pembersihan pada 4.51 petang semalam.
Beliau berkata, siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Utara sebaik laporan polis diterima, sekali gus membawa penahanan remaja itu di sekitar Tampoi pada 8.40 malam hari sama.
“Hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis kini sedang giat mengesan seorang lelaki tempatan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, bayi tersebut berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima pemeriksaan lanjut di Hospital Sultanah Aminah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan