"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kren pengangkat tumbang di Putrajaya, 2 maut

FMT Reporters

Seorang lagi pekerja parah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.
Sebuah kren pengangkat tumbang semasa melakukan kerja mengecat sebuah bangunan di Blok D, Fasa 4C, Presint 8 pagi tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Dua pekerja asing maut, manakala seorang lagi parah selepas sebuah kren pengangkat tumbang semasa melakukan kerja mengecat sebuah bangunan di Presint 8, Putrajaya.

Balai Bomba dan Penyelamat Presiden 7 Putrajaya dalam kenyataan memaklumkan sebuah kren pengangkat terbalik di bangunan Blok D, Fasa 4C, Presint 8.

Menurutnya, seorang warga Indonesia maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi maut kira-kira 1 tengah hari tadi ketika menerima rawatan di hospital.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya Mohd Afizi Zolkifli dipetik Sinar Harian berkata mangsa cedera dibawa ke Hospital Putrajaya oleh pasukan perubatan.

Katanya dua pegawai dan 13 anggota dari Balai Bomba Penyelamat Presint 7 serta Presint 14 bergegas ke tempat kejadian selepas panggilan kecemasan diterima 9.32 pagi tadi.

Beliau berkata sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan jentera EMRS digunakan dalam operasi pagi tadi, dengan operasi menyelamat turut disertai KKM, polis dan Angkatan Pertahanan Awam.

Tiada ulasan: