"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menteri: KDN kesan pengikut GISBH kembali fahaman lama secara dalam talian

FMT Reporters

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesan ada pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) kembali kepada fahaman lama secara dalam talian.

Menteri Saifuddin Nasution Ismail, berkata mereka kini tidak menggunakan “kitab-kitab” untuk kembali kepada fahaman berkenaan.

Katanya, perdana menteri juga meminta polis mengekang sebarang unsur fahaman yang telah difatwakan sesat itu.

“Ini kerana kami mengesan pengikut-pengikut GISBH kembali kepada fahaman lama itu bukan melalui kitab-kitab, sebaliknya secara dalam talian,” katanya menurut Bernama selepas melakukan lawatan kerja ke IPD Tumpat, Kelantan.

Saifuddin berkata, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga bekerjasama bagi memantau kegiatan mereka secara dalam talian.

Katanya, KDN bekerjasama dengan pelbagai agensi menyelaras usaha memulihkan fahaman pengikut GISBH agar mereka tidak kembali mengikuti fahaman terbabit.

Beliau berkata, perdana menteri telah memberikan arahan penyelarasan itu kepada KDN, sambil menegaskan ia mesti dilaksanakan secara berterusan dan bukan bermusim.

Tiada ulasan: