KOSMO!
MUSK (kiri) dan Singapura. - Foto Getty Images
SINGAPURA – Orang terkaya di dunia, Elon Musk mendakwa bahawa Singapura akan pupus bersama beberapa buah negara lain kerana kadar kelahirannya yang rendah, lapor portal berita The New Paper hari ini.
Musk menulis tentang perkara itu dalam platform X miliknya kelmarin.
Tulisannya itu adalah sebahagian daripada perbincangan mengenai penurunan kadar kesuburan di Singapura yang mencatat rekod terendah 0.97 kanak-kanak bagi seorang wanita pada 2023.
Kenyataan Musk adalah balasan kepada mesej yang membangkitkan tentang kebimbangan mengenai populasi banyak negara yang semakin tua.
Tulisan bilionair itu mencatatkan lebih 41 juta tontonan. Ia mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen Singapura.
Sebilangan mereka menyatakan bahawa pendapat Musk itu tidak boleh dipandang serius.
Namun, ada netizen akur kerana kadar kesuburan itu tidak mapan untuk jangka panjang. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan