"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sokongan mansuhkan ISA berterusan

SHAH ALAM, 17 Mac (Hrkh) - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap rakyat seluruh negara memberi sokongan terhadap perjuangan Gerakan Mansuh ISA supaya akta tersebut dimansuhkan walaupun mendapat halangan daripada pihak tertentu.

Beliau berkata, rakyat Selangor khususnya perlu bersama-sama dalam kempen tersebut walaupun mendapat halangan kerana tidak diberi permit untuk mengadakan perhimpunan.

"Saya telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negeri yang memutuskan jika perbincangan tentang ISA itu dibuat dalam dewan, ia tidak mendapat tentangan daripada pihak polis," jelasnya.

Bagaimanapun, tambah beliau rakan-rakan daripada GMI mahu kebebasan menuntut pemansuhan ISA dengan turun ke jalan raya.

Menjawab soalan daripada Hulu Kelang (PAS)- Saari Sungib, kerajaan negeri antara negeri pertama yang membincangkan usul memansuhkan ISA dalam sidang DUN pertama, tahun lalu.

Katanya, disebabkan pelaksanaan undang-undang itu dibuat di Parlimen maka untuk memansuhkannya ia perlu persetujuan daripada ahli-ahli Parlimen.

"Adun Hulu Kelang perlu berusaha lebih bagi membolehkan ahli Parlimen menyokong memansuhkan ISA," tegasnya.

Selepas usul memansuhkan ISA diluluskan dalam sidang DUN tahun lalu, kerajaan negeri telah menaja kos perjalanan keluarga tahanan ke Kemunting sebulan sekali disamping membantu perbelanjaan persekolahan anak-anak tahanan.

Kempen gerakan mansuhkan ISA merupakan satu inisiatif yang menyeluruh dan beliau percaya rakyat Selangor dan negara mula memahami isu tersebut.

Tiada ulasan: