"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sekurang-Kurangnya JAMIL cakap macam nie..Jangan dahului Majlis Fatwa

Sekurang-Kurangnya JAMIL cakap macam nie..

Jangan dahului Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR 25 April - Kabinet tidak sepatutnya mendahului Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti-Mufti Malaysia dalam membuat sebarang keputusan melibatkan agama Islam.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, perbincangan mengenainya boleh dibuat oleh Kabinet tetapi apabila satu keputusan hendak diputuskan, pandangan mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu dirujuk terlebih dahulu.

"Saya kira kenyataan yang dikeluarkan itu terlalu cepat dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang menteri, tambahan pula ia hanya merujuk pada satu contoh kes sahaja.

"Seharusnya perkara ini diperhalusi dengan teliti kerana ia isu yang sensitif. Dalam hal ini, Kabinet tidak boleh membuat keputusan sendiri tanpa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Jemaah Menteri yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung isu pertikaian agama anak-anak apabila ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Kabinet sebelum ini memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Keputusan itu merujuk kepada pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan isu berkaitan penceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya Mahkamah Syariah.

Mengulas lebih lanjut isu itu, Abu Zahar berkata, Perkara 121 (1) (A) Perlembagaan Persekutuan telah jelas memartabatkan Mahkamah Syariah bagi menyelesaikan sebarang kes yang membabitkan individu Islam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Mohd. Roslan Mohd. Noor juga mempertikaikan keputusan Kabinet yang disifatkannya sebagai campur tangan dalam undang-undang syariah.

http://kedahlanie.blogspot.com/

Tiada ulasan: