"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

RPK : Sekali Lagi Diberi Warkah Cinta Oleh Mahkamah

Petra terima waran tangkap lagi
Penulis blog terkenal Raja Petra Kamaruddin - dilaporkan berada di Brisbane, Australia - menerima satu lagi waran tangkap setelah tidak hadir perbicaraan kes fitnah isteri timbalan perdana menteri.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur juga mengeluarkan arahan tunjuk sebab kepada isteri beliau Marina Lee Abdullah yang bertindak sebagai penjamin pengendali 
Malaysia Today itu.

Marina dilaporkan bersama suaminya ke luar negara, satu tindakan yang dipercayai untuk melarikan diri daripada perbicaraan yang disifatkan oleh penulis itu sebagai tidak adil.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat menetapkan tarikh baru, 2 Julai untuk sebutan kes tersebut - yang sepatutnya didengar hari ini dan esok.

Pada 23 April, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengeluarkan waran tangkap terhadap Raja Petra kerana gagal menghadiri perbicaraan kes menghasut.
 -malaysiakini-

Tiada ulasan: