"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajari kekalahan PKS di Indonesia

A Shukur Harun  

Kekalahan yang dideritai oleh Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Indonesia dalam pilihan raya Parlimen bulan lalu sangat memedihkan bagi umat Islam, namun kekalahan dan kemerosotannya sangat wajar dipelajari khususnya oleh pendukung gerakan Islam dan parti Islam di mana saja.

Pada pilihan raya Parlimen Indonesia tahun 2004, prestasi PKS yang pada watu itu di bawah pimpinan Dr Hidayat Nur Wahid, ulama lulusan Madinah, sangat cemerlang. Parti bernuansa Islam itu dianggap sebagai pengganti Masyumi, parti gabungan pimpinan Almarhum Muhd Natsir pada tahun 50-an kerana wawasannya sama mahukan Indonesia itu bernaung di bawah panji-panji Islam, walaupun Muhd Natsir sedar Indonesia sebuah negara berbilang agama dan budaya.

PKS dianggap parti Islam generasi baru yang sangat menjanjikan, begitu banyak harapan dan dukungan diberikan kepadanya. Dalam pilihan raya 2004 itu, PKS memenangi kerusi bandar-bandar besar.

Malangnya kemenangan itu ternyata tidak dapat dipertahankan lama. Dalam pilihan raya Parlimen Indonesia bulan lalu, PKS menderita kekalahan di kawasan yang dipernah dimenanginya dulu. Ia kalah di Jakarta, Depok, Bekasi, Bandung dan kota-kota besar lain.

Kekalan PKS ini disebabkan sikap, memberi kenyataan media tanpa berhati, hati, sikap mengatur strategi, mulai kurang memberikan perhatian kepada rakyat biasa.

Ia beransur-ansur menjadi parti elit yang kakinya tidak berjejak di kalangan rakyat biasa. Sungguh malang, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Semuanya terjadi apabila sesetengah pemimpin PKS memuji bekas Presiden Suharto yang semua orang tahu mengenai pemerintahan kuku besi serta tindakan tiraninya.

Selanjutnya ada sesetengah pemimpin PKS mahu pula mengadakan hubungan baik dengan parti Suharto, Golkar yang kini dipimpin oleh Jusuf Kalla.

Segala-galanya bermula pada suatu malam bulan November 2008, sebuah majlis jamuan Silatulrahmi dan Dialog Antara Keluarga Pahlawan Nasional diadakan di Jakarta.

Hadir sama puteri Suharto, Titiek Suharto dan duduk semeja dengan Ketua Dewan Syura PKS, Hilmy Aminuddin dan Setiausaha Agung PKS, Anis Matta. Dalam ucapannya, Titiek sangat berterima kasih kepada pemimpi parti politik yang hadir kerana memuji ayahnya, Suharto dan memasukan nama ayahandanya sebagai pahlawan dan guru bangsa.

Acara itu, kata Presiden PKS, Tifatul Sembiring untuk mendorong rekonsiliasi agar tidak ada lagi dendam antara generasi.

Majlis pada malam itu penuh kontrovesi, ramai pemerhati melihat ada usaha sesetengah pihak hendak memutihkan Suharto, suastu usaha yang sama sekali bertentangan dengan keadaan yang ada, di mana rejim Suharto menimpakan derita bangsa, pelanggaran hak asasi manusia, matinya demokrasi dan segalanya.

Malangnya, seperti dikatakan tadi, turut hadir pada malam itu, malah memuji dan merestui Suharto sebagai Pahlawan Nasional dan Guru Bangsa ialah pemimpin tertinggi PKS. Bagi mereka kalau Suharto itu hendak dimaafkan, ada cara lain secara peribadi-peribadi  bukan melibatkan pati politik, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya Parlimen (DPR) dan seterusnya Pemilu Presiden bulan Julai ini.

Ramai pendukung PKS menyalahkan Anis Mata yang hadir dan turut memuji Suharto, tetapi ada yang bertanya bagaimana dengan kehadiran Ketua Dewan Syura PKS sendiri, Hilmy Aminuddin. Bagaimana bliau melihat semuanya ini dari perspektif Islam?

Sejak peristiwa itu, keraguan dan kekecewaan rakyat terhadap parti Islam itu semakin membesar, khususnya generasi muda. Mereka yang kecewa ini bukan saja dari pulau Jawa, tetapi juga dari Sumatera dan Kalimantan, kepulauan Riau serta Sulawesi.

Prestasi PKS yang selama ini diharapkan menjadi tonggak kekuatan parti Islam Indonesia ternyata juga merosot. Tinjauan terhadap momentum kerja, terutama di kawasan yang dimenanginya pada tahun 2004 dulu, didapati merosot. Rakyat yang mendukung PKS dulu kecewa kerana tidak dipedulikan setelah menang.

Itulah antara sebuahnya, PKS yang selama ini diberikan harapan tinggi untuk menjadi tunggak parti nasional, setelah Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan Parti Bulan Bintang tidak berdaya memenuhi cita rasa dan harapan rakyat.

Tiada ulasan: