"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nizar vs Zambry : KETUA-KETUA KAMPUNG PAKATAN RAKYAT FAIL SAMAN KE ATAS KERAJAAN ZAMBRY

Hari ini jam 11.00 pagi Ketua-ketua Kampung Kerajaan Pakatan Rakyat akan failkan saman ke atas Kerajaan Zambry BN di atas pemecatan mereka sebagai Ketua Kampung dan pembubaran JKKK yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat. 

Tindakan Zambry yang memecat Ketua Kampung dan membubarkan JKKK dianggap tidak sah disebabkan tempoh perkhidmatan mereka belum tamat lagi. Perlantikan Ketua Kampung adalah dipilih melalui pungutan suara, watikah perlantikan pula telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri PR pada bulan Ogos 2008, manakala perkhidmatan mereka sepatutnya tamat pada Ogos 2010. 

Kerajaan BN telah bertindak keterlaluan dengan memecat semua Ketua-ketua Kampung dan membubarkan JKKK sedangkan tempoh perkhidmatan mereka belum tamat. Berbeza dengan Kerajaan PR yang tidak memecat seorang pun Ketua-ketua Kampung lantikan BN, malahan mereka dipelawa untuk terus berkhidmat sehingga tempoh perkhidmatan mereka tamat, sebaliknya mereka sendiri yang meletakkan jawatan beramai-ramai. 
Baca seterusnya......

Tiada ulasan: