"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muktamar PAS 55 : Nasruddin Tantawi dipilih Ketua Pemuda PAS, lima tanding Naib Presiden

Wan Nordin Wan Yaacob  

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Tiga jawatan utama Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyaksikan masing-masing calon menang tanpa bertanding.

Dengan ini, Ustaz Nasruddin Tantawi dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS yang sah manakala jawatan timbalannya disandang oleh Azman Safawi dan Naib Ketua Pemudanya ialah Sabki Yusof.

Selain itu, calon-calon yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden PAS ialah seramai lima orang iaitu Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Mujahid Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah.

Lain-lain keputusan rasmi menyusul kemudian.

Tiada ulasan: