Salmah Mat Husain | |
KOTA BHARU, 29 Julai (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, diseru hadir pada majlis perhimpunan membantah kezaliman ISA 1 Ogos ini, sekiranya benar mengakui akta berkenaan adalah zalim serta tidak relevan. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato' Husam Musa, berharap bekas Perdana Menteri itu dapat hadir sama pada majlis perhimpunan yang akan diadakan nanti bagi menyatakan kebersamaan hasrat bagi menentang kezaliman itu. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat exco, di sini hari ini sebagai mengulas kenyataan Abdullah yang menyarankan supaya kerajaan menimbang untuk memansuhkan ISA. Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, akta berkenaan sudah tidak relevan lagi untuk diterima pakai di zaman ini. Sambungnya, sekiranya Abdullah dapat hadir pada perhimpunan itu, majlis berkenaan yang telah dirangka beberapa bulan lalu akan berjalan dengan lebih berkesan. Katanya, penghapusan ISA sewajarnya ditentang semua pihak dan bukannya oleh perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata, kerana akta berkenaan ternyata telah menzalimi mereka yang telah ditahan di bawah akta terbabit. Katanya, pandangan Islam termasuk hak asasi manusiapun akta zalim itu tidak lagi sesuai untuk diguna pakai dizaman ini. "Jadi sokongan semua pihak itu merupakan perkembangan yang baik terhadap perjuangan yang telah kita perjuangkan selama ini,"ujarnya lagi. Sambungnya, apa yang penting penderitaan yang dialami oleh mereka yang masih ditahan di bawah akta berkenaan perlu dihayati seperti 'Mat Sah' yang ditahan lebih lapan tahun lalu. Tegasnya, sekarang sudah sampai masanya kerajaan membebaskannya termasuk tahanan lain. Sehubungan itu, beliau turut menyeru semua masyarakat yang perihatin di Negara ini hadir untuk menyatakan pendirian sama bagi membantah akta berkenaan pada perhimpunan yang akan diadakan pada 1 Ogos ini. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Mansuhkan ISA: Bantah ISA, Abdullah diajak ke himpunan Mansuh pada 1 Ogos
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan