Saidah Hairan | |
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), `Speacil Branch' (SB) telah memenuhi ruang di Sogo, Masjid Negara, Dataran Merdeka dan Masjid Jamek. Wakil Harakah yang membuat tinjauan bermula jam 9 pagi mendapati perkarangan Sogo sudah dipenuhi dengan anggota FRU dan SB yang sedang mendengar taklimat daripada Pegawai mereka. Manakala jalan menuju ke Dataran Merdeka pula telah ditutup dan juga dipenuhi dengan anggota FRU dan SB. Lebih 10 trak FRU berada di tepi jalan Dataran Merdeka. Jalan menuju ke Masjid Negara melalui jalan Taman Perdana turut ditutup. Bagaimana sehingga jam 9.45 pagi tiada kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan menuju ke Sogo, Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan Masjid Negara. Sepanjang tinjauan itu masih belum kelihatan orang ramai berkumpul tetapi hanya kelihatan beberapa kumpulan kecil (empat-lima orang) berkeliaran di sekitar jalan raya menuju ke Sogo. Sekatan jalan raya diadakan di hadapan hospital Kuala Lumpur yang dijalankan sejak semalam. Himpunan dijangka akan bermula jam 2 petang ramai pihak yang meramalkan tangkapan akan dilakukan. Difahamkan pengangkutan awam seperti LRT Star dan Putra bakal dikawal penuh oleh polis menjelang jam 1 petang. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Mansuhkan ISA: FRU dan SB membanjiri Kuala Lumpur
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan