"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nizar vs Zambry: Zambry dan Hee Yit Fong diperintah mengadap Jumaat ini!

Setelah dihalang oleh pasukan polis daripada memasuki Dewan Undangan Negeri Perak, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat mereka di Hotel Syuen tengahari isnin lepas.

Dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat tersebut, Sivakumar , selaku Pengerusi Jatankuasa tersebut menyatakan, “ Adalah jelas dan terbukti bahawa sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009 adalah tidak sah dan batal”


Menurut pandangan pakar , Thomas, tidak ada manamana Pengerusi sesuatu pertubuhan atau persatuan boleh ditukar daripada kedudukannya oleh ahli-ahlinya jika mesyuarat tersebut masih belum lagi di resmi.

“Samalah sepertimana pada Sidang DUN 7 Mei lalu, persidangan belum lagi bermula tetapi BN telah mengusulkan penyingkiran saya,” kata Sivakumar.

“Dan bagaimana Ganesan boleh dibawa masuk ke dalam Dewan sebagai Speaker baru, sedangkan sepanjang masa tersebut saya masih lagi menduduki kerusi Speaker,” tanyanya lagi

Sivakumar menjelaskan , lantaran persidangan pada 7 Mei itu tidak sah , maka beliau perlu meneruskan tanggungjawabnya sebagai seorang Speaker yang sah.

“Ini bermaksud , Jawatankuasa ini adalah jawatankuasa yang sah dan kami sekadar menjalankan tugas kami,” katanya.

Ditanya kenapa beliau tidak menunggu keputusan perbicaraannya yang bakal diadakan pada 6 Ogos nanti di Mahkamah Tinggi ?

“Sehingga Mahkamah putuskan nanti, Saya adalah Speaker Perak yang sah,” katanya.

Sivakumar juga berkata , Jawatankuasa ini akan membuat keputusan hari Khamis ini , selepas persidangan kali kedua , dijangka akan diadakan lagi di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kenyataan Siva itu menyebabkan wakil media gelihati dan tergelak kerana pastinya berlaku lagi kekecuhan dengan pihak polis dipintu masuk bangunan tersebut.

Sivakumar menerangkan bahawa Ganesan akan di perintah hadir pada Khamis ini bagi kali kedua.

“Jika dia gagal menghadirkan diri, kami akan membuat keputusan , sama ada beliau hadir atau tidak, kami akan putuskan ambil sesuatu tindakan,” katanya.

Sejurus selepas sidang media tersebut, Chan Ming Kai, salah seorang anggota jawatankuasa tersebut pergi ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menyampaikan surat notis kepada Dr Zambry Abd Kadir dan Hee Yit Foong, Timbalan Speaker DUN Perak.

Notis tersebut memerintahkan mereka hadir pada siasatan lain oleh Jawatankuasa tersebut , pada Jumaat ini, Jam 10.00 pagi.
Catatan Oleh alhusseyn

Tiada ulasan: