"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Puad dakwa peranan Anwar punca PAS krisis / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Samsuri Roslan

Sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia segera adalah antara beberapa faktor berlakunya konflik dan kecamuk dalaman serius kepada barisan kepemimpinan PAS sekarang.Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan krisis dalaman PAS yang semakin celaru ini telah memberi ruang kepada Anwar untuk menguasai sesetengah barisan kepemimpinan parti ini.

“Di peringkat awal, ada kemungkinan barisan kepimpinan PAS mahu mengguna dan meyakini Anwar sebagai batu loncatan dan alat bagi mendapatkan kuasa tetapi keadaan berlaku sebaliknya,” katanya ketika diminta mengulas krisis dalaman PAS yang disifatkan semakin serius sekarang.

Beliau yang ditemui di pejabatnya memberitahu, Anwar telah berjaya masuk dan kuasai barisan kepemimpinan PAS hanya untuk matlamat utama beliau mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia sahaja.

“Akhirnya PAS yang sudah bermasalah sebelum ini menjadi semakin serius sehingga idealisme mahu memperjuangkan negara Islam sudah terkeluar dari landasannya,” katanya.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran memberitahu, PAS dan barisan kepemimpinan parti sedang menghadapi gelombang dengan konflik pendekatan politik masakini di Malaysia.

“PAS tertekan sebagai sebuah parti Islam kerana idealisme ini dianggap kekuatan dan sokongan padu dari orang-orang Melayu tetapi pelbagai cabaran dan realiti politik masakini telah menyebabkan berlakunya konflik antara mereka,” katanya.

“Ini ditambah dengan realiti politik masakini yang melibatkan faktor bukan Melayu yang sedikit sebanyak menambahkan lagi gelombang konflik kepemimpinan sekarang,” katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya lagi, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mendesak supaya diadakan mesyuarat khas bagi menyelesaikan konflik yang semakin serius ini.

Krisis matlamat perjuangan dan strategi parti telah menjadi masalah utama kepada parti ini selepas pilihan raya umum ke-12 lalu berikutan pelbagai kenyataan berbeza dari kepemimpinan PAS.

Keadaan semakin serius menjelang Muktamar Pemilihan PAS yang lalu apabila wujudnya pertembungan antara ulama dan kumpulan yang dikenali sebagai Erdogan sehingga menimbulkan kekeliruan dan kekecewaan sesetengah ahli.

Pada satu ketika, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz dilihat secara terbuka memberi sokongan kepada individu tertentu yang turut dikaitkan antara pemimpin dari kumpulan Erdogan.

Mengulas isu ini, Mohd Puad memberitahu, krisis kepemimpinan PAS sudah berlaku sejak dari dahulu antara kumpulan ulama dan profesional Melayu yang pernah mengikuti pelbagai gerakan termasuk IRC (kini JIM).

“Gelombang konflik ini berterusan sehingga sekarang seperti membabitkan perbalahan kenyataan antara Ahli Parlimen PAS Shah Alam dan Ahli Parlimen PAS Baling yang berkaitan nama Allah."

Sehubungan itu, Mohd Puad mengakui barisan pemimpin Umno lebih ke hadapan dalam menentukan corak kepemimpinan masa hadapan dengan memansuhkan kouta kuasa perwakilan yang disifatkan sebagai satu pengorbanan besar.

themalaysianinsider.com

Tiada ulasan: