"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nizar vs Zambry: 15 Samseng PEKIDA Akan Kawal Sidang DUN Perak / PKFZ

addin77
Malam tadi saya berkesempatan menghadiri Ceramah Umum Pakatan Rakyat di pekan Chenderiang, Tapah, Perak. Antara penceramah yang hadir ialah Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. .

Dalam ceramah tersebut MB Nizar memberitahu UMNO akan mengupah 15 orang samseng PEKIDA atau gelaran yang lebih popular ialah '3 line' untuk mengawal sidang DUN Perak pada 28 Oktober ini. Beliau juga memberitahu, 500 meter dari bangunan SUK mesti dikosongkan. Pasukan Polis akan berkawal di luar bangunan SUK Perak.
Sekarang UMNO sudah berani dan terang-terang mengupah samseng untuk menghentam ADUN Pakatan Rakyat. MB Nizar mendakwa beliau memperolehi dari sumber-sumber boleh dipercayai bahawa UMNO akan mengupah 15 orang samseng PEKIDA untuk menggantikan pengawal keselamatan di dalam DUN bagi menghalang berlaku sebarang kekecohan dari pihak Pakatan Rakyat.

Apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng PEKIDA ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul 5 ADUN bukan Islam dari Pakatan Rakyat. Menurut MB Nizar lagi, bahawa 5 ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji).

MB Nizar meberitahu dalam ceramah tersebut bahawa 28 ADUN Pakatan Rakyat akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang dewan Rabu ini. Dimaklumkan juga semua ADUN akan melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat, termasuk penggunaan pengesan logam.

Perbuatan tersebut membuatkan ADUN Pakatan Rakyat seperti penjenayah besar, perlakuan tersebut amat memalukan regim UMNO BN dan menghina pengundi. MB Nizar juga berkata, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan mencetuskan sebarang gangguan dan kekecohan di sidang dewan itu nanti. Kekecohan hanya berlaku sekiranya samseng-samseng upahan UMNO iaitu PEKIDA yang mulakan dahulu.

Tiada ulasan: