"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Melayu yang tak perlukan Ibrahim Ali

Penarik Beca

Saya kenal Datuk Ibrahim Ali. Dia juga mungkin kenal saya. Secara peribadi, dia ada banyak sifat-sifat yang baik. Dia baik walaupun selalu kelihatan sombong dan ego. Antara kebaikannya yang saya ingat sangat ialah beliau seorang yang pemurah. Memang, banyak kali juga dia belanja saya min

um. Tetapi segala puji bagi Allah s.w.t., saya tidak pernah meminta atau mengambil walau satu sen pun darinya.

Sebagai manusia biasa, sudah tentu Ibrahim mempunyai banyak kelemahan. Tak payahlah saya tulis.Ibrahim kini kelihatan sedang bersusah payah untuk menampilkan dirinya sebagai hero Melayu sekaligus hero Umno.

Sebagai hamba Allah Yang Maha Esa, saya tidak membantah malah bersyukur dengan ketetapan-Nya yang menetapkan saya menjadi orang Melayu. Saya bersyukur emak saya, pak saya, isteri saya dan anak-anak saya diketegorikan sebagai bangsa Melayu. Itu ketetapan Allah kepada kami dan saya amat bersyukur dengan ketetapan-Nya itu.

Saya juga benci dengan orang-orang yang terus melabelkan orang yang bercakap tentang kepentingan dan nasib bangsa Melayu sebagai 'asabiyyah.

Bagi saya, 'asabiyyah ialah bersikap double standard terhadap saudara, kumpulan atau gang sendiri. Kalau orang lain kita kutuk. Kalau gang kita sendiri, kita tolong dia buat jahat dengan membela kejahatannya atau menyembunyikan kejahatan penjawat awam yang menjadi gang kita.

Umpamanya, kalau orang lain mengamalkan kronisme kita hentam dengan penuh histeria. Kalau kena pemimpin parti yang kita sokong, kita jadi histeria bila salah lakunya dikritik. Jangankan kritik, tegur pun tak boleh.

Tak ikut saluran kononnya. Membuka pekung di dada kononnya (sila baca posting bertajuk "
'Asabiyyah Barisan, 'asabiyyah Pakatan (III)").

Walaupun saya selalu memohon Allah yang kita kasihi membantu saya menjauhi 'asabiyyah seperti memohon perlindungan dari neraka, saya kasih dan saya sayang bangsa saya, Melayu.

Tetapi, saya terpaksa memohon maaf kepada Ibrahim kerana saya langsung tak memerlukan orang-orang seperti beliau untuk mempertahan dan membela bangsa saya.

Berkaitan:
Perkasa to defend against ‘disrespectful non-Malay leaders’ (Malaysian Insider 25/1/10)

http://penarikbeca.blogspot.com

Tiada ulasan: