"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPR, tidak puas lagi tipu rakyat?

tokpepijat
Selepas demo BERSIH November 2007 dan menjelang PRU ke 11, SPR sekonyong-konyong mewar-warkan untuk gunakan dakwat di jari untuk pilihanraya ke 11. Katanya untuk atasi penipuan mengundi dua kali.

Setiap hari, timbullah wajah pembesar-pembesarnya di media barua UMNO beria-ria dan bersemangat untuk gunakan cara pengundi negara demokrasi terbear di dunia India. Dengan duit rakyat, SPR hantar pegawainya ke negara-negara yang gunakan dakwat untuk kajian . Akhirnya dibeli dakwat-dakwat itu dengan duit rakyat berjumlah RM2.4 juta.

Malangnya menjelang PRU 11, muncullah pembesar SPR Rashid, IGP Musa dan AG Gani membuat kenyataan untuk membatalkan penggunaan dakwat atas alasan keselamatan. Katanya ada orang telah beli dakwat dari negara luar untuk gunakan dalam PRU 11.

Sampai kini polis pimpinan IG Musa tidak dapat menangkap suspek. Akhirnya Parlimen dimaklumkan dakwat itu dimusnahkan. Rugi RM 2.4 juta. Duit rakyat. Berapa buah rumah PPRT dapat dibina dengan nilai tersebut? Tanya Anuar Musa. Dia ada pengalaman dengan PPRT!

Hebatnya
"lakonan" Rashid, Musa dan Gani. Rakyat tertipu.

Kini SPR dibawah bos baru buat
"lawak bodoh" lagi. Melalui mulut Timbalannya Wan Ahmad, SPR bercadang adakan pengundian awal dan tempoh bertenang. Dakwanya lagi SPR telah menghantar pegawai ke Thailand untuk mempelajari sistem tersebut.

Sifirnya mudah untuk kita melihat wajah sebenar SPR. Jika sistem yang diwar-warkan oleh SPR itu memihak UMNO, ianya akan dilaksanakan.. Jika sebaliknya akan jadilah ia seperti nasib dakwat. Buang duit rakyat dan menipu rakyat.

Hoi SPR! Cukuplah buat "lawak bodoh" anda. Elok SPR hantar pegawai untuk kaji bagaimana untuk menjadi "kompenen UMNO" secara rasmi.

Bayangkan bagaimana rupa air Sungai Pahang jika dakwat SPR nilai jutaan ringgit itu dituang ke dalamnya? Adakah jadi seperti Sungai Furat ketika di serang Monggol? Elok SiRashid terjun dulu ke dalam lautan dakwat SPR.
http://tokpepijat.blogspot.com/

Tiada ulasan: