"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Buat Pengerusi SPR dan Ketua PJ SPRM: Jgn psg bendera besar BN di punggung anda

ustnik
Di antara agensi kerajaan yang penting ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SPR bukan sahaja mengendalikan proses pilihanraya, bahkan ia juga akan memberi kesan untuk sepenggal berikutnya terhadap kewujudan kerajaan baru selepas setiap pilihanraya. Kerajaan baru memandu rakyat dan negara ke arah matlamat yang tertentu. Kalau kerajaan yang ditubuhkan selepas pilihanraya itu kerajaan yang mahukan Islam, maka Islamlah negara. Kalau jahat kerajaan yang ditubuhkan, jahatlah ia terhadap rakyat dan negara untuk sepenggal.

Justru, amanah mengendalikan urusan daftar pemilih, pembuangan undi, perjalanan pilihanraya, membentuk kerajaan dan menerajui negara bukanlah ‘suka-suka’ atau ‘main-main’. Ia adalah satu agenda cukup penting, yang akan memastikan sama ada negara itu mendapat keredhaan Allah, keberkatan hidup atau sebaliknya.

Dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia, pilihanraya yang menjadi salah satu unsur penting demokrasi mesti dilaksanakan dengan telus, jujur dan BERSIH.

Sebarang penipuan, ketidakadilan, keraguan oleh mana-mana pihak terhadap sistem pilihanraya dengan sebab ketidakcekapan dan pengkhianatan pihak SPR mengendalikan pilihanraya, sehingga menyebabkan tertubuhnya sebuah kerajaan HARAM di atas nama demokrasi, bukan sahaja menjadikan parti-parti politik tidak puashati yang berpanjangan, bahkan ia mengundang kedurjanaan dan ketidaktenteraman kepada negara tersebut.

Dalam konteks di Malaysia, pengerusi SPR, Tan Sri Aziz memikul amanah besar ini. Bukan sahaja amanah kerajaan, tetapi amanah dari Allah supaya keadilan ditegakkan dalam proses pilihanraya ini. Isu terbaru, cadangan diperluaskan undi pos (kemudian kepada undi lebih awal) timbul. Isu lama yang belum diselesaikan antaranya ialah daftar pemilih yang tidak dibersihkan dan isu-isu lain pilihanraya.

Atas dasar nasihat menasihati dalam Islam, saya ingin mengingatkan Tan Sri Aziz dengan maksud sebuah hadis Nabi saw: ‘Ketahuilah! Sesungguhnya akan ditegakkan bendera bagi setiap mereka yang khianat pada hari Kiamat menurut kadar pengkhianatannya. Dan tidak ada khianat lebih besar dari pengkhianatan pemimpin bagi orang ramai. Bendera itu ditegakkan di punggungnya…’ Hadis riwayat at-Tirmizi

Mengendalikan PRU13 akan datang cukup penting. UMNO sudah membusuk hingga ke usus. BN juga berkecamuk. Harta negara sudah lama difaraidkan sesama pemimpin UMNO/BN. PR sedang bersedia mengambil-alih pemerintahan Malaysia. Sama ada ia dikendalikan dengan amanah atau tidak, Allah sahaja lebih mengetahui. Tan Sri Aziz mesti membuktikan bahawa PRU 13 nanti dikendalikan dengan cukup amanah, jujur, telus dan BERSIH.

Demikian juga bagi Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Dato Abu Kassim Mohamed. Amanah menjaga SPRM bukannya mudah. Ia berkait dengan rasuah. Nabi mengingatkan ‘Orang yang menerima dan memberi rasuah di dalam Neraka’. Rasuah pula sudah berakar-umbi dalam negara dengan begitu parah. Jerung dan bilis mesti dibawa ke muka pengadilan. Jangan menyiasat kes secara terpilih. Dan amanah ini tetap akan ditanya di hadapan Allah nanti.

Tetapi jika tidak ditunaikan amanah ini, hanya kerana menjaga pangkat, jawatan, kedudukan dan wang ringgit sahaja sehingga sanggup menggadaikan amanah besar membentuk kerajaan dan membasmi rasuah ini, maka ini bermakna Tan Sri dan Dato sedang menyediakan bendera besar BN di punggung Tan Sri dan Dato di hadapan Allah Raja segala raja di Padang Mahsyar nanti. Ingat, ingatlah!

Tiada ulasan: