"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selangor Catat Pelaburan RM6.76B

Walaupun Malaysia dilanda kegawatan, namun Selangor mencatatkan perkembangan ekonomi dan kemasukan pelaburan yang nyata memberangsangkan.

EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri Selangor, Teresa Kok berkata Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia melaporkan pelaburan perindustrian di Selangor kekal mantap dan terus kukuh.

“Mengikut statistic MIDA, setakat 31 Disember 2009, Selangor mencapai pelaburan perindustrian yang bernilai sebanyak 6.76 bilion. Angka ini telah melebihi jangkaan 4 bilion yang disasarkan oleh kerajaan Selangor pada awal tahun 2009 selepas berlakunya kegawatan ekonomi dunia”

“Walaupun Selangor berada dalam kedudukan nombor 2 dari segi nilai pelaburan di seluruh Malaysia, yang mana kurang daripada Sarawak, kita mempunyai jumlah projek perindustrian yang tertinggi, iaitu 278 projek pelaburan di seluruh Malaysia. Angka ini bermaksud kita mendapat 36.3% atau satu pertiga daripada jumlah projek pelaburan di seluruh Malaysia”

Perangkaan MIDA ini tidak termasuk sektor perkhidmatan seperti perhotelan, perubatan, pendidikan dan logistik.

Sekiranya angka pelaburan semua sektor diambil kira, maka unjuran pelaburan MIDA untuk Selangor akan lebih tinggi.

“Selain itu, 278 projek pelaburan perindustrian ini juga mendatangkan peluang pekerjaan yang paling tinggi, iaitu lebih 20,000 di peluang pekerjaan Malaysia”

“Begitu juga dengan tahun 2008, negeri Selangor telah mencatat bilangan projek pelaburan dan jumlah peluang pekerjaan yang tertinggi di seluruh Negara, iaitu 302 projek pelaburan dan 30,980 peluang pekerjaan pada tahun 2008”

Teresa berkata, Selangor telah menyumbang 21% - 25% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia. Lebih memberangsangkan, pertumbuhan ekonomi Selangor selalunya lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Perangkaan ini juga menghancurkan tuduhan palsu yang mengatakan pelaburan di Selangor telah jatuh dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.
-tvselangor-

Tiada ulasan: