Dua muka baru itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad dan Adun Sidam, Tan Chow Kang.
Dua exco yang digugurkan ialah Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri yang juga Adun Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri yang juga Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu.
Ini adalah pertama kali dalam sejarah Pakatan Rakyat yang mengugurkan exco mereka.
Sebelum ini, khab
Barisan exco baru itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, pagi ini.
Upacara mengankta sumpah ini juga dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak (atas, bersongkok).
Semua mereka dilantik untuk tempoh setahun.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan