"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibu Kugan Gagal Serah Memorandum

Ibu mendiang A. Kugan, N. Indra bersama peguam keluarganya hari ini cuba menghantar memorandum kepada Istana Negara tetapi gagal.

Indra berada di kawasan istana itu kira-kira jam 11 pagi bersama-sama dengan 20 orang penyokong.

Namun, usaha itu sia-sia apabila memorandum itu gagal diserahkan berikutan tiada temu janji dibuat.

Peguam keluarga itu, Surendran berkata mereka hanya mahu menghantar memorandum itu bagi membela kematian Kugan yang sehingga hari ini tiada perkembangan tentang pembunuhannya.

Pada masa ini, hanya seorang anggota polis dihadapkan ke muka pengadilan sedangkan keganasan yang membawa kematian Kugan dipercayai dilakukan secara berkumpulan.

"Ibu dan keluarga mangsa amat dukacita apabila hanya seorang anggota didakwa," kata Surendran.

Kugan, 22, yang ditahan berhubung jenayah curi kereta mewah meninggal dunia semasa dalam tahanan polis pada 20 Jan lepas.

Tiada ulasan: