"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengalaman Berjiran dengan Zionis!

Dewa
Dalam artikel kali ini, penulis ingin berkongsi pengalaman penulis berjiran dengan seorang pelajar Yahudi dari Israel yang turut melanjutkan kedoktoran di sini. Rupa-rupanya, banyak perkara tentang orang Yahudi yang kita salah faham. Di Malaysia pula, pihak sana tuduh sini Zionis, pihak sini tuduh pihak sana Zionis, sedangkan dua-dua penyumbang utama kepada agenda Zionisme.

Penulis melanjutkan pelajaran dengan menyambung ijazah kedoktoran di luar negara dalam bidang undang-undang. Sebelum ini penulis merupakan seorang peguam di Malaysia.

Di luar negara, penulis tinggal di sebuah asrama pelajar yang menempatkan sekitar 300 pelajar dari seluruh dunia. Pada suatu hari, sewaktu penulis berada di dalam lif pada hari Jumaat, penulis ternampak seorang pelajar yang memakai pakaian kot hitam, seperti hendak pergi ke conference/persidangan. Penulis pun menyapanya.

Dia menjelaskan bahawa dia bukan hendak ke conference sebaliknya dia hendak ke synagogue iaitu rumah ibadat Yahudi. Serentak dengan itu, dia mengeluarkan kopiah/lebai Yahudinya.

Dalam hati penulis, macam ini rupanya muka Yahudi. Lama sudah ku mendengar berita tentang puak-puak ini. Penulis pun mengucapkan selamat tinggal lalu pergi solat Jumaat.

Selepas itu, penulis berpeluang mengenalinya dengan lebih rapat. Rupanya orang Yahudi ini kaum yang berdisiplin dan suka membaca. Sejak kecil mereka sudah membudayakan membaca. Justeru, usah berdebat dengan kaum Yahudi melainkan kita sudah banyak membaca. Soal politik, ekonomi dan sosial difahami dengan jelas.

Penulis seterusnya belajar bahawa orang Yahudi di Israel ini tidak makan nasi seperti orang Melayu Malaysia. Makanan rutin mereka biasanya sandwich dan kadang-kadang kebab. Makanan seperti nasi memang tinggi kalorinya dan senang menjadi gemuk. Penulis mengimbas kembali bentuk badan penulis yang gemuk sewaktu di Malaysia tetapi turun lebih 10kg di luar negara apabila berhenti makan nasi. Justeru, sesiapa yang ingin kurangkan lemak dan mahu turunkan berat badan, eloklah berhenti makan nasi.

Makanan di Israel cukup mahal, khususnya untuk pelancong. Kebab bodoh pun harganya mencecah RM150 satu manakala air coca-cola bodoh pun RM5 segelas.

Penulis seterusnya belajar bahawa kaum Yahudi sangat setiakawan sesama kaum Yahudi. Justeru, mereka pasti berganding bahu mempertahankan mereka yang sebangsa dengan mereka. Ini cukup berbeza dengan Malaysia di mana UMNO menggunakan seluruh jentera mereka untuk menganiaya, menghina dan menyusahkan kaum Melayu yang tidak menyokong UMNO. Tidak cukup dengan itu, ISA digunakan malah kepimpinan Pakatan difitnah dengan pelbagai tohmahan termasuklah kaki peliwat, pemecahbelah masyarakat, jumud, anti pembangunan dan banyak lagi. Ini berbeza dengan kaum Yahudi yang tidak menganiaya sesama mereka.

Seterusnya, penulis belajar bahawa kaum Yahudi suka keluarga yang besar. Tahun 90an dulu mereka hanya ada sekitar 5 juta sahaja di Israel tetapi kini sudah lebih 7 juta. Kaum Yahudi juga menjaga pergaulan di antara lelaki dan perempuan, dan ini boleh dilihat di majlis perkahwinan di mana kaum lelaki dan kaum perempuan tidak bercampur. Ini mengingatkan penulis kepada UMNO yang cukup marah apabila PAS mencadangkan agar lelaki dan perempuan tidak dicampur di tempat awam seperti wayang atau dalam LRT yang sesak. Nampaknya, UMNO sudah mengalahkan Zionis, kui kui kui..

Rupanya kaum Yahudi tidak boleh bercakap Arab sekalipun mereka tinggal di Middle East. Sebaliknya mereka hanya berbahasa Hebrew. Meskipun begitu, mereka agak fasih berbahasa Inggeris. Kadar rakyat mereka yang boleh membaca merupakan antara yang tertinggi di dunia. Ini cukup berbeza dengan kaum Melayu yang cukup malas membaca dan bila membaca pun suka membaca komik, majalah hiburan dan akhbar pengampu seperti Utusan yang memperbodohkan intelek pembacanya. Sekalipun pelbagai informasi berguna boleh diperolehi di Internet, kaum Melayu lebih suka mencari pornografi malah sudah menjadi trend untuk meng upload video-video lucah yang dibintangi oleh muda-mudi Melayu di Internet untuk tontonan ramai. Di bawah pemerintahan UMNO, penulis mendapati bangsa Melayu menjadi bangsa yang semakin tidak bermaruah, dan menjadi bangsa pengampu yang cukup takut untuk menegur kemungkaran kerajaan.

Penulis juga mendapati kaum yahudi mempunyai kebencian membuak-buak ke atas orang Arab khususnya. Memandangkan penulis seorang yang ceria, kenalan penulis yang merupakan Yahudi totok ini tiada masalah berkawan dengan penulis.

Apabila penulis merenung kembali, penulis berasa cukup aib mengenangkan najib yang tergamak melantik syarikat Zionis untuk mempromosikan 1Malaysia, lalu pergi mengadap Obama sesudah menghabiskan puluhan juta ringgit untuk tujuan itu, dan mengakhirinya dengan menganiayai Iran dengan menamatkan kontrak bekalan gasolin/minyak kepada Iran.

Tapi, orang Melayu seperti di Hulu Selangor masih ghairah menyokong UMNO asalkan fulus masukkkk.... Kasihan, tak tercapai dek akalku.

-tko-

Tiada ulasan: