"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sesetengah Ahli Majlis PBT Semacam Little Napoleon

cilipadi007
Betapa cinta dan kasih Rasulullah saw kepada ummatnya, kasih sayang hingga ke penghujung usia. Tentunya selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah saw semoga kita dapat bersama Baginda di akhirat kelak. PAS, parti Islam. Perjuangan PAS sebagai meneruskan ajaran Rasulullah saw menerusi pelbagai contoh ( uswah hasanah ) yg menjadi pusaka semua ummat Islam di dunia. Apakah selari dengan ajaran Rasulullah saw segala tindak tanduk pejuang

PAS kini terutamanya penjawat2 jawatan utama dlm PAS? Paling menjolok mata masyarakat kini bila individu yg bergelar Ahli Majlis PBT memacu halatuju sesebuah PBT mengikut budibicara yg tidak mesra rakyat.

Kita maklum bahawa Ahli Majlis hanya manusia biasa, bukan maksum dan terpelihara dari salah silap. Apa yg musykil ialah tindakan mereka yg menyimpang jauh dari pesanan Rasulullah saw " PELIHARALAH ORANG2 YG LEMAH DI KALANGAN KAMU".

Sepatutnya jawatan Ahli Majlis PBT menjadi landasan untuk membantu golongan yg lemah. Mereka juga perlu lebih releven dan dilihat penyelesai masalah dan meringankan beban YB yg terlalu banyak tugas. Apa yg berlaku kini sebaliknya...Ahli Majlis dilihat menambah beban masalah kepada YB.

Lihat saja pembangunan di PBT setelah hampir 20 tahun PAS menjadi Kerajaan di Kelantan. Jemaah Ahli Majlis lebih berminat untuk JV tanah2 milik PBT bagi mencari keuntungan jangka pendek. Mereka juga terlalu berkompromi dan bersekongkol dengan puak2 kapitalis yg mencari untung di atas harta rakyat.

Ahli Majlis PBT semacam dirasuk "ROH UNTUNG" tanpa pedulikan kesan politik disebalik sesuatu keputusan. Tambahan pula sesetengah PBT melantik Ahli2 Majlis di kalangan tokoh2 korporat yg berkiblatkan"KAPITALIS". Realitinya Ahli Majlis bukan jagoh rakyat tapi wakil pemodal dari "parti fulus".

Sampai bilakah PAS akan terus "delegate power" kepada Ahli2 Majlis yg lebih bersifat "LITTLE NAPOLEON"... salahguna kuasa yg dipinjamkan oleh rakyat. PAS juga perlu fikirkan mekanisma baru tentang tempoh lantikan Ahli Majlis yg seolah2 milik individu tertentu silih berganti.

Belanjawan tahunan PBT juga semakin hari semakin membazir untuk memuaskan nafsu mereka seperti agenda lawatan sambil belajar ke luar negara dll...terlalu banyak kesalahan berulangkali dilakukan kerana kuasa mutlak yg diamanah oleh PAS.

Selalunya bila berdepan dengan masalah rakyat marhaen, tiada peruntukan @ masalah kewangan menjadi skima jawapan. Sesetangah masalah rakyat marhaen dipandang enteng...biarlah kerana mereka golongan marhaen. Bukankah setiap rakyat juga memilikki 1 undi?

Sedarlah wahai Ahli2 Majlis PBT!!! Gelagat anda sedang diperhati dan tindakan songsang anda selama ini sudah menjadi buah mulut rakyat...Jadilah pemegang amanah yg bertanggungjawab merealisasikan pesanan Rasulullah saw seperti di atas.

Jangan terlalu ghairah mengejar "ghanimah" hingga kelompok anda menjadi "liabiliti" kepada PAS.

Sekian dari cilipadi007

Tiada ulasan: