"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bintang bola dipelawa sertai kempen anti-judi

Gabungan anti-lesen judi beberapa NGO dan pembangkang bercadang menampilkan bekas bintang bola sepak tanah air dalam siri pertama kempen mereka awal Sabtu ini.

Setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (dahulunya Gerakan Mansuhkan Judi) Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu sebahagian daripada pelbagai program yang diputuskan dalam mesyuarat pertama mereka hari ini.

NONEBeliau yang juga ketua penerangan Pemuda PAS bagaimanapun belum menyatakan siapakah ahli sukan yang akan terlibat itu.

Menurut Suhaizan lagi, selepas dilancarkan pada 5 Jun ini, gerakan itu merancang menyerahkan memorandum kepada semua ahli parlimen dua hari selepas itu.

Selepas itu, tambahnya, mereka akan mengadakan siri jelajah bagi menerangkan isu kelulusan lesen judi bola sepak itu kepada rakyat di seluruh negara.

"Pada kemuncak program itu nanti, kami akan menghantar memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong pada 3 Julai," kata Suhaizan.

Dalam mesyuarat sepanjang 3 jam di Shah Alam hari ini, 18 NGO dan parti politik hadir bergabung dalam gerakan itu, antaranya kesemua sayap Pemuda Pakatan, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

NONEKetika dihubungiMalaysiakini lewat petang ini, Suhaizan turut menyeru semua pihak, termasuk parti politik dalam kerajaan agar menyertai kempen yang dianjurkan mereka.

"Kalau BN nak turut serta, silakan. Ini bukan program politik, tetapi program untuk menentang judi sukan," katanya.

Pada 26 Mei lalu, perjumpaan yang sama telah dilangsungkan di peringkat negeri Kedah dengan penyertaan 22 NGO di peringkat negeri.

Perjumpaan itu bagaimanapun dilihat tidak begitu memberangsangkan apabila tiada keputusan konkrit diputuskan apabila kumpulan terbabit hanya memilih menyatakan bantahan mereka melalui satu kenyataan bersama semata-mata.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: