"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB S'gor ajak rakyat Malaysia berkabung

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia memberikan penghormatan terakhir ke atas kehilangan 16 nyawa peserta frotila pro-Palestin yang diserang tentera Israel semalam.

"Seluruh rakyat Malaysia perlu berkabung bagi menghormati kehilangan 16 nyawa setakat ini, dalam serangan kejam tentera Zionis itu," katanya.

Katanya, tindakan tentera Zionis itu sama sekali tidak boleh diterima oleh masyarakat berbilang kaum di Selangor kerana ia merupakan perbuatan kejam dan melampaui batas kemanusian.

"Kerajaan Selangor mendesak Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyiasat dan bertindak terhadap tentera Zionis kerana melakukan jenayah yang dikutuk seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Khalid juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan dengan jelas bahawa Malaysia telah memutuskan semua hubungan diplomatik dan perniagaan dengan kerajaan serta rakyat Israel.

"Perdana Menteri perlu mengistiharkan bahawa Malaysia secara rasmi telah membatalkan kontrak dengan (firma perunding) Apco (Worldwide) dan mengharamkan sistem teknologi keselamatan untuk kegunaan polis yang dibekalkan syarikat Eropah dan Amerika Syarikat dengan nasihat teknikal Yahudi," katanya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: