"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakatan MENANG majoriti PRU, kenapa tak memerintah??

dewa
BARU-BARU ni, penulis mengeluh kepada rakan penulis mengenai sikap bebal rakyat Malaysia yang majoritinya mengundi UMNO dan BN. Rakan penulis memberitahu penulis bahawa UMNO dan BN sebenarnya parti MINORITI kerana undi yang diperolehi dalam PRU 12 dulu sedikit,hanyalah 3,444,386 undi (48.71%) sedangkan Pakatan memperolehi 3,461,318 undi (48.95%). Maknanya MAJORITI rakyat Malaysia menolak UMNO. Kenapa UMNO dengan muka tebal dan bodo sonbongnya masih memerintah? Artikel mengulas.

Sekalipun majoriti rakyat Malaysia mengundi Pakatan dengan kelebihan 16.932 undi, , UMNO masih memerintah kerana SPR dan sistem pilihnraya Malaysia. Pemerintahan dikira berdasarkan kerusi dan bukan jumlah pengundi. Kerusi dan kawasan pula dicorakkan oleh SPR untuk memenangkan UMNO.

Jika kita merenung PRU 12 dulu, lucu juga sebenarnya. Undi rosak saja 153,755! banyak tuh. Bodo sangatkah rakyat Malaysia sehinggakan nak tanda kertas undi pun tak reti? Atau ada udang disebalik batu?

PRU12 dulu, PAS peroleh 1,188,162 (45.32%) daripada jumlah pengundi berdaftar di kawasan yang ditandingi. UMNO BN pula memperolehi 1,379,867 (52%) iaitu lebih 191, 705 berbanding PAS.

Masalah terbesar Pakatan Rakyat ialah PKR yang asalnya menang lebih 30 kerusi dan akhirnya tinggal 24 kerusi setelah calon-calonnya yang menang dibeli sekor-sekor oleh UMNO dan Najib.

DAP bertanding 35 kerusi Parlimen dan menang 26.

Jika kita membuat analisa dengan lebih terperinci, PAS sebenarnya gagal meraih sokongan padu dari pengundi Melayu. Kejayaan besar Pakatan sebelum ini sebenarnya hasil daripada sokongan padu pengundi Cina dan India.

Yang pasti lagi, pengundi Melayu memberikan sokongan mutlak dan padu kepada UMNO khususnya orang Melayu Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan pastinya Johor.

JUSTERU, ini membongkar rahsia mengapa kepimpinan UMNO begitu ghairah membakar isu-isu agama khususnya yang melibatkan nama Allah suatu ketika dahulu kerana mereka faham bahawa mereka hanya mampu bertahan dengan undi Melayu yang pro-UMNO.

MESKIPUN BEGITU, penulis percaya bahawa PAS dan Pakatan perlu terus komited pada konsep bekerjasama dan berpakat secara berhikmah dan usah bermain isu-isu perkauman sempit seperti UMNO kerana hukumnya haram di sisi Tuhan dan berdosa menzalimi kaum lain. Kita patut dakwah mereka dan bukan zalimi mereka.

Meskipun begitu, PAS perlu lebih merangka teknik-teknik terbaru yang lebih kemas dan gempak untuk menarik sokongan Melayu. Antaranya ialah menukar golongan sasar termasuk golongan muda dan bukan sekadar berdakwah cara relax dengan mensasarkan golongan tua dalm masjid yang sejuk ber air-cond.

Kepada UMNO BN, korang sedar sedar la korang tu dapat undi lagi sedikit sebenarnya yek.

Tiada ulasan: