"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Status makanan halal di semua kopitiam diragui

Taf4
Penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di Malaysia diragui status halalnya setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya.

Perkara itu didedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil serbuan dan siasatan berikutan aduan orang ramai.

Pengarah Hab Halal Jakim, Cik Saimah Mukhtar, berkata siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit, apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging.

Oleh itu semua makanan berasaskan daging yang disediakan oleh kopitiam di negara ini diragui status halalnya.
'Permohonan dibuat melalui telefon... pihak syarikat (halal) itu akan menyoal sama ada mereka menyediakan alkohol atau menyediakan daging babi dan beberapa soalan lain.

Kelmarin, akhbar itu mendedahkan bahawa sebuah kopitiam di Kepong diserbu penguat kuasa Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf.

Cik Saimah berkata hampir keseluruhan kopitiam di Malaysia menggunakan sijil halal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta kerana lebih mudah dan cepat diperolehi.

Beliau memberitahu sebaliknya jika permohonan dibuat kepada Jakim, Jakim akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh daripada restoran hingga ke pusat penyembelihan.

(kerajaan rakyat)

Tiada ulasan: