"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zunar cipta dua rekod 'jenaka Malaysia'

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 26 Julai:
Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque petang tadi bertindak menyaman Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mengharamkan dua karya satiranya, '1Funny Malaysia' dan 'Perak Darul Kartun'.

Baginya, tindakan tersebut menjadi dua rekod sejarah pada dirinya dan dunia kartunisme negara.

"Hari ini, saya mencipta dua rekod, pertama, dua buku saya, 1Funny Malaysia dan Perak Daruk Kartun telah diharamkan.

"Kedua, sayalah merupakan kartunis pertama di Malaysia yang mencabar tindakan Kementerian Dalam Negeri," ujarnya di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Difahamkan arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusof mengarahkan kementerian merampas karya-karya Zunar menggunakan Seksyen 7, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, 1984.

Bagaimanapun, Zunar berkata, tindakan Abu Seman itu sebagai pencubaan kerajaan untuk mengekang kebebasan bersuara dan berfikir sebagaimana dijamin oleh Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut menganggap tindakan itu sebagai ultra virus (tidak terdapat dalam skop) jika dirujuk pada akta berwajib.

Selain memfailkan saman di mahkamah, beliau turut mendesak pihak berwajib supaya membatalkan arahan pengharaman karya-karya satiranya itu.

Turut memfailkan saman berlainan di sini adalah Ketua Pengurus Eksekutif Malaysiakini.com, Premesh Chandran.

Difahamkan, karya 1Funny Malaysia yang turut dikomersialkan dalam kubik kartunkini, Malaysiakini mendorong beliau berbuat demikian.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa kartunis berkumpulan Zunar turut menyertai aksi bantahan di lobi mahkamah.

Tiada ulasan: