"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gempa: 23 maut dalam tsunami di Sumatera

Gempa bumi yang kuat mencetuskan tsunami yang melanda perkampungan di pulau-pulau terpencil di Barat Indonesia, mengorbankan sekurang-kurangnya 23 orang, lebih 160 lagi hilang, demikan para pegawai dan saksi hari ini.

Mereka terkorban dalam gempa dengan kekuasatan 7.7 di skala Richter, yang berlaku 20km di bawah dasar pada malam Isnin.

Mujiharto, yang mengetuai pusat krisis Kementerian Kesihatan Indonesia berkata, gelombang setinggi tiga meter menghanyutkan ratusan rumah di Pagai dan Silabu - yang merupakan sebahagian rangkaian pulau Mentawai.
"Kami ada 200 beg mayat dihantar ke sana, sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

Indonesia sering dilanda gempa bumi dan aktiviti gunung berapi kerana lokasinya dalam Lingkaran Api Pasifik, lapor AP.
Kawasan yang dilanda gempa bumi semalam, berlaku di sepanjangpantai barat Kepulauan Sumatera, yang dilantik gempa 9.1 skala Richter, yang mencetuskan tsunami besar di sekitar Lautan Hindi pada 2004 yang mengorban 230,000 orang di beberapa negara.

Mentawai merupakan pusat luncur popular 280km dari pantai Sumatra. Perjalanan ke pulau tersebut - hanya boleh sampai dengan menaiki bot - mengambil masa 12 jam.

Tiada ulasan: