"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cadangan Daftar Pengundi Di Masjid Boleh Timbul Perpecahan

SHAH ALAM, 24 OKT: Cadangan menggiatkan usaha mendaftar ahli mereka sebagai pengundi dalam pilihan raya di Masjid oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal dianggap boleh menyebabkan perbalahan dan perpecahan di dalam tempat beribadah berkenaan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata tindakan Shafie yang mengarahkan jentera Umno bagi menggiatkan pendaftaran pengundi sebagai tidak wajar.

"Tidak perlu mengkhususkan arahan kepada jentera Umno sahaja, dan Shafie Apdal juga patut menggerakkan agensi yang tidak berkait politik seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Ahli Jawatankuasa masjid dan surau serta dengan kerjasama dengan para ketua kampung," katanya kepada TVSelangor malam tadi.

Menurutnya, dengan menggerakkan agensi yang tidak berkait dengan politik, pelaksanaan mendaftarkan pengundi tidak akan menimbulkan kesan negatif dan adil kepada semua pihak terbabit.

"Dengan cara ini, tidak akan menimbulkan ketegangan dan masalah di kalangan penduduk kerana yang menjalankan pendaftaran addalah parti politik," jelas beliau lagi.

Beliau berkata, usaha untuk mendaftar pengundi sememangnya digalakkan tetapi tidak wajar mengkhususkan arahan tersebut kepada jentera Umno sahaja.

"Jika mahu mendaftar, bagus, sememang kita menggalakkan lagi ramai mendaftar tetapi mekanisme yang dicadangkan itu tak wajar," kata beliau lagi.
-tvselangor-

Tiada ulasan: