"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keputusan rasmi: Zaid, Nurul Izzah dahului

azlanSelepas sembilan cabang selesai mengadakan pemilihan PKR semalam, penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mendahului dua lagi pencabar - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub untuk jawatan timbalan presiden.

Berdasarkan keputusan rasmi yang diterima ibu pejabat parti, Zaid mendapat 577 undi berbanding Azmin yang berada ditangga kedua dengan 372 undi, makala Mustaffa pula mendapat 61 undi.

Bagi jawatan naib presiden pula, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendahului dengan 494 undi.

Beliau diekori rapat oleh ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh (467), timbalan ketua menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman (462) dan ahli parlimen Batu Tian (430).

Keputusan bagi calon-calon naib presiden yang lain seperti berikut: N Gabalakrishnan (304 undi), R Sivarasa (267), Suresh Kumar (207), Jonson Chong (145), Baru Bian (143), Xavier Jayakumar (84), Ansari Abdullah (84), Yusmadi Yusoff (79), Yahya Sari (58), Dominique Ng (51), S Manikavasagam (47), Saiman Marjuki (36), James Ghani (29).
azlan

Persaingan merebut jawatan Ketua Pemuda PKR (AMK) antara penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dengan pencabarnya ahli Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham Shaharin bermula dengan amat sengit.

Selepas sembilan cabang selesai bermesyuarat semalam, Shamsul Iskandar mendahului Badrul Hisham - atau lebih dikenali sebagai Chegubard - hanya dengan perbezaan sembilan undi sahaja.

Menurut keputusan rasmi daripada ibu pejabat PKR, Shamsul Iskandar mendapat 136 undi, manakala Badrul Hisham memperolehi 127 undi.

Manakala, bagi jawatan nombor dua pula, Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin - yang merupakan regu Shamsul - meraih 193 undi.

Sementara ADUN Teja Chang Lih Kang - gandingan Chegu Bad - mendapat 54 undi.

Tiga calon yang memperolehi undi terbanyak bagi mengisi jawatan naib ketua AMK, setakat ini, ialah Azmizam Zaman Huri (156), Erveana Ansari Ali (113) dan V Sivam mendapat 96 undi.

Wanita: Zuraida bermula baik

NONEBagi jawatan ketua Wanita pula,- seperti yang dijangka, penyandangnya Zuraida Kamaruddin setakat ini mendahului dua lagi pesaingnya dengan 178 undi.

Suraya Sudin mendapat 98 undi, manakala Aniamah Ferrar memperolehi 32 undi.

Bagi jawatan timbalan ketua Wanita, penyandangnya, Rodziah Ismail mendahului pencabarnya Asmah Abd Kadir.

Rodziah yang juga exco kerajaan Selangor mendapat 192 undi berbanding Asmah yang dengan hanya 35 undi.

Tiga calon mendapat undi terbanyak bagi jawatan naib ketua Wanita iaitu timbalan speaker DUN Selangor Haniza Talha (138), ADUN Rawang (125) dan Noor Sham Abu Samah (120).




Bagaimanapun, keputusan tersebut belum dapat menggambarkan kecenderungan ahli untuk memilih calon-calon pilihan mereka secara keseluruhannya. 

Ini kerana ia hanya melibatkan peratusan kecil daripada keseluruhan 400,000 anggota PKR yang layak memilih.

Berbeza dengan proses pencalonan yang dikira berdasarkan sokongan cabang, pengundian berdasarkan sistem baru "satu ahli, satu undi" mengambil kira undi keseluruhan anggota PKR.

Setakat ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan malam tadi, berkata perjalanan pengundian hari pertama semalam telah dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang masalah.

Hari ini, sebanyak 32 lagi cabang di seluruh negara akan mengadakan pemilihan masing-masing pada hari ini. 

Negeri terbabit: Kedah (2 cabang), Kelantan (5), Pahang (7), Negeri Sembilan (6), Perak (9) dan Perlis (3).


Tiada ulasan: